Saturday, November 14, 2009

Pembelian Buku Ilmiah secara online

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli buku berunsur ilmiah sila layari laman ini..
http://adikbijak.com/ref.pl?MA00560

'BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA"

Saturday, November 7, 2009

Selamat menghadapi peperiksaan SPM


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Persediaan Pepriksaan SPM

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN:

·Tawakal kepada Allah s.w.t dan bergantung padanya. Firman Allah s.w.t : “Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.” (Surah Al-Kahfi : 30)

·Belajar secara bersistem. Tetapkan berapa jam untuk belajar setiap hari.

.Ulangkaji secara bersistem. Ia sangat penting untuk memahami topik baru dan mengulangkaji topik yang lama secara tersusun. Tentukan satu hari dalam seminggu untuk mengulangkaji topik minggu tersebut. Cara ini boleh memudahkan proses ulangkaji sebelum peperiksaan.

·Tumpuan yang berterusan. Mereka yang selalu terkedepan adalah mereka yang fokus ketika pengajian, ketika belajar dan mengulangkaji.

·Mengenalpasti perkara-perkara yang tidak difahami. Mereka yang selalu terkedepan adalah mereka yang mengenalpasti apa yang tidak difahami dan membincangkannya dengan tenaga pengajar samada ketika sesi pengajian ataupun diluar waktu pengajian.

·Menetapkan objektif-objektif yang hendak dicapai dan sentiasa berusaha untuk mencapai objektif tersebut.

·Menyelesaikan tugasan dan tidak bertangguh dan mereka alasan.